Cuti hari Wesak ni bawa keluarga bercuti tempat sejuk.
Bulan puasa bulan Ramadan.
Alang-alang ada strawberry fresh di Cameron ni I buat TRIFLE PUDDING STRAWBERRY istimewa untuk family tersayang💖
RESIPI TRIFLE PUDDING STRAWBERRY
🌸1 paket kek butter (dipotong)
🌸1 cawan tepung kastard
🌸1/2 cawan gula
🌸1 tin susu cair
🌸2 cawan air
🌸 1 paket jelly
🌸1 tin koktail bual
☑️Cara Masak Kastard 🌸Dalam periuk masukkan 2 cawan air yg dicampur dgn 1 cawan kastard. Kacau sebati & buka api gaul2 bersama 1/2 cawan gula, sehingga kuah menjadi pekat. (Jangan berhenti kacau yer)
☑️Cara Masak Jelly
🌸Ikut cara masak jelly pada paket jelly (terpulang jelly perisa apa, tapi saya pilih jelly takde perisa asli)
🌸Susun kek butter dlm bekas. Renjis air koktail ke atas kek butter supaya lembab. Tuang kastard ke atasnya & susun buah koktail. 🌸Tuangkan jelly ke atasnya. Tunggu jelly sejuk tuangkan kastard lapisan atas & susun lagi buahan koktail. Tuang kastard & susun strawberry potong atasnya.
🌸Sejukkan dalam peti baru sedap dimakan.
Selamat Mencuba!
Comments
Post a Comment