Resipi Mee Kari Kerang


Hello!
Hari ni I nak kongsi mee kari kerang simple yang boleh dimakan dengan keluarga pada waktu lapang. Kalau kira ni ialah resipi moden dari Membunga Kitchen.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket Mee Kuning
  • 1 cawan isi ayam - potong dadu
  • 1 paket rempah kari ayam/daging (bancuh  dgn sedikit air)
  • 2 cawan santan / 1 kotak santan sederhana
  • 1 keping asam keping
  • 1 mangkuk isi kerang / terpulang kesukaan
  • 1 senduk minyak masak (sebab tak suka berminyak sangat)
  • 1 paket fish cake (hiris)
  • 10 biji chicken ball
  • Tauhu kering - ikut kesukaan
  • Garam
  • Gula
  • Air secukupnya (mengikut kepekatan & kecairan masing-masing)


BAHAN KISAR (A)

  • 6-7 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • (resipi saya takde udang)


BAHAN TUMIS (B)

  • 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 2 tangkai daun kari & serai diketuk 2 batang.


BAHAN HIASAN

  • Taugeh
  • Sayur Pak Choy
  • Telur
  • Isi Kerang 1 mangkuk


CARA-CARA MASAK:

  1. Tumis bahan kisar (A) ke dalam periuk, kemudian masukkan bahan (B), tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air.
  3. Masukkan isi ayam dan masukkan santan bersama air.
  4. Setelah mendidih perasakan dengan garam & gula mengikut citarasa masing-masing.
  5. Akhir sekali masukkan kerang, supaya isi kerang tidak terlalu keras.
  6. Hidangkan bersama mee kuning, dan bahan hiasan.


Selamat mencuba!

Comments