Resipi Mee Berkuah


BAHAN - BAHAN:
  • 1 paket mee kuning
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1/2 kg udang segar dibuang kulit
  • Sayur pak Choy / Sawi
  • Buah tomato 2 biji (dibelah 4)
  • Telur ayam 2 biji
  • 2 biji lada hijau merah
  • 3 cawan air
  • Carrot dihiris halus
  • Garam
  • 2 sudu Gula
CARA - CARA MASAK:
  1. Tumis bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, lada hitam  & halia sehingga naik bau.
  2. Masukkan buah tomato ketika menumis untuk nampak kuah yang cantik.
  3. Masukkan udang segar, gaul sehingga sebati kemudian masukkan 3 cawan air sehingga mendidih.
  4. Masukkan gula & garam, kacau-kacau kemudian pecahkan telur sehingga telur separuh masak kemudian baru masukkan mee kuning.
  5. Akhir sekali masukkan sayuran seperti carrot, lada merah & sawi / pak choy.


Selamat mencuba.

Comments