Bukan senang & bukannya mudah nak buat kuih tradisi Kelantan ni tau...
Hehehe.. I pun bersyukurlah pandai masak kuih ni....
Takkan pulus kuih ni kalau anak cucu nak makan esok-esok....
BUTIR NANGKA....Harum betul baunya...🌷kombinasi santan dgn daun pandan...
RESIPI BUTIR NANGKA
🌸Masukkan 2 cawan tepung beras pulut ke dlm bekas, kemudian sediakan 2 cawan air pati daun pandan yg telah ditumbuk & diperah untuk patinya.
🌸Masukkan secubit garam dlm air pati daun pandan & kacau. Tuang sikit demi sedikit ke dlm tepung beras, uli sebati sehingga tak melekat ditangan.
🌸Bulatkan kecil2 bentuk seperti biji nangka masukkan ke dalam periuk yg mendidih air panas. Tunggu hingga timbul, angkat & toskan.
🌸Kemudian dlm periuk lain, panaskan 1 cawan air bersama daun pandan yg disimpul & masukkan 1 kotak santan kecil, 2 sudu gula & 1 biji gula melaka sehingga mendidih.
🌸Masukkan butir nangka tadi & masak hingga mendidih.
Selamat Mencuba💖
#membungakitchen #sedapsangat #dapurmembunga #wesakday #hariwesak2019
Comments
Post a Comment