Resipi Ketupat Sotong Kelantan


Asyik beli jer di bazar Ramadan kat stadium Kota Bharu, apa salahnya I masak sendiri.
Bulan puasa ni boleh dibuat sebagai pemanis mulut buat hidangan satu keluarga.

RESIPI KETUPAT SOTONG
🌸6 ekor sotong dibersihkan & dibuang tulang
🌸2 cawan beras pulut
🌸1 biji gula melaka
🌸2 sudu gula
🌸1/2 sudu garam
🌸1 kotak santan
🌸Daun pandan
🌸Lidi
☑️Cara Masak
🌸Rendam beras pulut bersama secubit garam & santan cair seketika sehingga beras pulut lembut
🌸Masukkan beras pulut ke dalam badan sotong, dan tutup badan sotong tadi dgn kepala sotong & lidikan supaya lekat (pulut tidak terkeluar).
🌸Dalam periuk masukkan 1 cawan air bersama 1 kotak santan dan masukkan daun pandan sekali
🌸Masukkan gula & gula melaka & secubit garam
🌸Kacau sebati & masukkan sotong sehingga pulut dlm perut sotong tu masak baru boleh dimakan.
Yummy! Selamat mencuba!

Comments