Resipi Brownies Kedut

Bulan puasa tak sah kalau tak godek-godek resipi pastu cuba buat. Jom saya kongsi resipi macam mana nak buat Brownies Kedut. Saya ambil resipi kat google pastu saya tambah-tambah supaya bertambah sedap.

Bahan-bahan:

  • 400 gram coklat masakan (dark Berryl's yang bulat-bulat)
  • 150 gram buttercup
  • 100gram gula perang 
  • 100 gram self raising flour
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 4 biji telur gred A
  • Sedikit chocolate chips


Cara - cara memasak:

  1. Double boiler coklat masakan bersama butter sehingga cair dan gaulkan rata. Biarkan sejuk sebentar.(A)
  2. Pukul telur dengan gula perang, esen vanila. Pukulan sederhana sahaja hingga sebati.(B)
  3. Ayakkan self raising flour (tepung naik sendiri) dalam bekas lain.(C)
  4. Masukkan (A) ke dalam bekas (B) dan kacau rata. Masukkan pula (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A) dan (B). Gaul rata.
  5. Bekas  acuan 10'x10' di alas dengan kertas baking dan sapu dengan butter. Tuangkan adunan brownies tadi ke dalam acuan.
  6. Taburkan chocolate chips pada bahagian atas.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160C  selama 30-40 minit.
  8. Apabila masak, buka sikit pintu oven supaya brownies berkedut cantik.


Selamat mencuba!

Salam sayang, MEMBUNGA KITCHEN.

Comments