Resipi Mee Kari Mudah

Malas-malas bolehlah cuba resipi mee kari paling senang tapi sedap tahap dewa yer hehehehhhh.... pastinya dari Membunga Kitchen.
Yang ni resipi mudah & simple. Nak resipi berhias sikit cari dalam blog Membunga Kitchen. Pun ada juga...

RESIPI MEE KARI
🌸Tumis bawang putih, bawang merah & halia yg ditumbuk sehingga wangi & masukkan rempah kari ayam yg telah dicampur dgn sedikit air.
🌸Kemudian masukkan 1 mangkuk isi ayam gaul sebati bersama sebatang serai.
🌸Masukkan secawan air & 1 kotak santan kecil kacau sebati dgn api perlahan sehingga mendidih.
🌸Setelah hampir masak, masukkan isi kerang 1 mangkuk & tauhu kering ke dlm periuk & kacau 10 minit.
🌸Siap dihidang bersama pakcoy yg dicelur & taburkan isi kerang.

Yeay!🌷

Comments